Kampung Sungai Sembilang terletak di dalam Mukim Jeram.  Kampung ini mempunyai keluasan 4000m2 dengan sebahagian besar kawasannya adalah untuk pertanian dan kediaman. Ianya dibuka sekitar tahun 1888 dan penduduk asalnya adalah terdiri dari masyarakat jawa yang berasal dari kepulauan Indonesia.  Pada hari ini terdapat seramai lebih kurang 1550 orang penduduk yang tinggal di kampong ini. Ukuran keluasan  kampong ini adalah 2 km panjang dan 2 km lebar.  Sempadan kampong ini adalah dari tepian Sungai Sembilang hingga ke Jalan Bilal Bandar di sebelah laut dan Jalan Balai Dakwah dan Jalan Wak Karto di sebelah darat.  Aksessibiliti kampong ini boleh dihubungi melalui Jalan Persekutuan dari Klang ke Kuala Selangor.

Dahulunya Kampung Sungai Sembilang ini ditadbir oleh sebahagian JKKK Jeram dan sebahagian JKKK Tambak Jawa.  Namun apabila wujudnya pemecahan sempadan yang baru pada tahun 1988 kampung ini telah ditadbir sendiri dengan perlantikan ketua kampong yang pertama iaitu En Nazir Bin Jidin.  Beliau yang pernah menjadi ketua kampong telah berkhidmat dari tahun 1988 hingga 1993.  Setelah itu tempat beliau telah digantikan dengan ketuan kampong yang baharu iaitu En Jalal Bin Osthaman sehingga tahun 2007.

Kini Kampung Sungai Sembilang telah ditadbir oleh Ketua kampong  merangkap Pengerusi JKKKP  iaitu En Mohamad Radzi Bin Mahmud.  Penubuhan JKKKP adalah ehsan dari kerajaan Persekutuan selapas tahun 2008 bagi meneruskan kesimbungan kerajaan Persekutuan setelah Selangor jatuh ke tangan pembangkang pada tahu 2008.

Di era Malaysia menuju Negara maju, Kampung Sungai Sembilang tidak ketinggalan untuk sama-sama mencapai hasrat murni tersebut.  Selaras dengan itu pentadbiran Kampung Sungai Sembilang telah mengatur beberapa strategi bagi menjayakan rancangan kerajaan yang dapat dilaksanakan mengikut acuan dan kemampuannya yang tersendiri



Sebarang pertanyaan atau komen mengenai blog ini, boleh hubungi Cik Nur Faezah di no. berikut (017-6791315) atau email ke sgsembilangjeram@gmail.com

7 comments:

  1. Siapa Cik Nur Faezah nie? Ada pertanyaan nie

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas bangunnya blog ini.
    Moga kampung ini tetus makmur & dipayungi rahmatNya.
    Cadangan utk pengisian blog (jika belum ada) :
    1. Sejarah nama & asal usul kampung
    2. Senarai ketua2 kampung ini
    3. Senarai imam2 masjid kampung ini
    4. Program2 & aktiviti kampung
    5. Kejayaan2 yg pernah ditempa
    6. Lokasi2 menarik dlm kampung
    7. Lokasi2 menarik yg berdekatan (kuala selangor dll)
    8. Homestay yg ada
    9. Lokasi makan2
    10. Kepadatan penduduk & ras
    Dan lain2...
    Tq.

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas bangunnya blog ini.
    Moga kampung ini tetus makmur & dipayungi rahmatNya.
    Cadangan utk pengisian blog (jika belum ada) :
    1. Sejarah nama & asal usul kampung
    2. Senarai ketua2 kampung ini
    3. Senarai imam2 masjid kampung ini
    4. Program2 & aktiviti kampung
    5. Kejayaan2 yg pernah ditempa
    6. Lokasi2 menarik dlm kampung
    7. Lokasi2 menarik yg berdekatan (kuala selangor dll)
    8. Homestay yg ada
    9. Lokasi makan2
    10. Kepadatan penduduk & ras
    Dan lain2...
    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas maklum balas anda dan cadangan yang diberikan .
      pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memeriahkan lagi blog ini dalam masa yang terdekat .

      Delete
  4. Aktiviti sosial masyarakat ape ye?

    ReplyDelete
  5. Berapa % penduduk melayu,cina ,India di Kwan ini..

    ReplyDelete
  6. Casino Near Hollywood - MapYRO
    Find the best 전라북도 출장마사지 Casino near 성남 출장안마 you 제천 출장마사지 on MapYRO. Find your way around the 경산 출장마사지 casino, find where everything 여수 출장마사지 is located with real people, and see

    ReplyDelete