LOGO KAMPUNG
Konsep Karikator:
Ikan Sembilang - Dibuat secara grafik dan mendominasi keseluruhan logo bagi mengaitkan asal-usul nama kampung Sungai Sembilang.
Ombak & Lembayung Senja - Warna biru ombak laut yg berlatar belakangkan warna lembayung (merah-kuning) di ufuk barat sebagai khazanah alam yg dikurniakan Tuhan kepada Kampung Sungai Sembilang.
Siput dan Kerang - Antara pelbagai cengkerang dan hasil laut yang menjadi antara punca rezeki nelayan pantai kampung Sungai Sembilang.
Berjabat Tangan - Melambangkan semangat silatur rahim, perpaduan yg kukuh sesama masyarakat tanpa mengira kaum dan sentiasa mengamalkan budaya murni. Bersatu teguh dalam menjayakan apa jua agenda pembangunan kampung. Berat sama dipikul - ringan sama dijinjing.
ASAL - USUL KAMPUNG
NEGERI - SELANGOR
DAERAH/ JAJAHAN/ BAHAGIAN - KUALA SELANGOR
MUKIM/ DAERAH (SWK) - JERAM
PARLIMEN - KUALA SELANGOR
DUN - JERAM
TARAF KAMPUNG - KAMPUNG INDUK
JENIS KAMPUNG - KAMPUNG TRADISI
KETUA KAMPUNG
Encik Mohamad Radzi Bin Mahmud
LIRIK LAGU KAMPUNG KU SUNGAI SEMBILANG
Kami Warga Sungai Sembilang
Bertekad Arah Cemerlang
Berganding Tangan Penuh Wawasan
Tuju Kegemilangan x2
Lihat Kampung Ku Sungai Sembilang
Pantainya Indah Terbentang
Ekonominya Berbagai Cabang
Usahawan Ternak Dan Ladang
Kami Warga Sungai Sembilang
Hidup Berkasih Sayang
Bersatu Hati Penuh Harmoni
Ikhlas Menabur Bakti x2
Lihatlah Warga Sungai Sembilang
Pendidikan Gemilang
Sanis Teknologi Ilmu Ukhrawi
Sama Dikuasai
Kami Warga Sungai Sembilang
Bertekad Arah Cemerlang
Berganding Tangan Penuh Wawasan
Tuju Kegemilangan x2
Kami Warga Sungai Sembilang..........
Gemilang!!!!
Bgus nya kampung ni .siap ada lagu dan logo
ReplyDelete