Kampung Sungai Sembilang
terletak di dalam Mukim Jeram. Kampung
ini mempunyai keluasan 4000m2 dengan sebahagian besar kawasannya adalah untuk
pertanian dan kediaman. Ianya dibuka sekitar tahun 1888 dan penduduk asalnya
adalah terdiri dari masyarakat jawa yang berasal dari kepulauan Indonesia. Pada hari ini terdapat seramai lebih kurang 1550
orang penduduk yang tinggal di kampong ini. Ukuran keluasan kampong ini adalah 2 km panjang dan 2 km
lebar. Sempadan kampong ini adalah dari
tepian Sungai Sembilang hingga ke Jalan Bilal Bandar di sebelah laut dan Jalan
Balai Dakwah dan Jalan Wak Karto di sebelah darat. Aksessibiliti kampong ini boleh dihubungi
melalui Jalan Persekutuan dari Klang ke Kuala Selangor.
Dahulunya Kampung Sungai
Sembilang ini ditadbir oleh sebahagian JKKK Jeram dan sebahagian JKKK Tambak
Jawa. Namun apabila wujudnya pemecahan
sempadan yang baru pada tahun 1988 kampung ini telah ditadbir sendiri dengan
perlantikan ketua kampong yang pertama iaitu En Nazir Bin Jidin. Beliau yang pernah menjadi ketua kampong
telah berkhidmat dari tahun 1988 hingga 1993.
Setelah itu tempat beliau telah digantikan dengan ketuan kampong yang
baharu iaitu En Jalal Bin Osthaman sehingga tahun 2007.
Kini Kampung Sungai Sembilang
telah ditadbir oleh Ketua kampong
merangkap Pengerusi JKKKP iaitu
En Mohamad Radzi Bin Mahmud. Penubuhan
JKKKP adalah ehsan dari kerajaan Persekutuan selapas tahun 2008 bagi meneruskan
kesimbungan kerajaan Persekutuan setelah Selangor jatuh ke tangan pembangkang
pada tahu 2008.
Sebarang pertanyaan atau komen mengenai blog ini, boleh hubungi Cik Nur Faezah di no. berikut (017-6791315) atau email ke sgsembilangjeram@gmail.com